Sunday 15 July 2018

suatu permulaan kepada sebuah penyesalan.



ya ..hari itu, hari yang telah membuatkan hati seorang perempuan menangis dalam kegembiraan. hadirnya seseorang yang telah membuat pengakuan. pengakuan yang telah membuat perempuan itu berubah dari dirinya yang sebenar. perjanjian palsu yang dibuat dua-dua pihak tidak memberi sedikit pun kesan terhadap mereka selepas itu. mungkin ya.. tetapi hanya sementara. kerana hati, hati itu lemah, rapuh.. hati juga telah membuatkan semua yang dijanjikan pada hari itu menjadi sia sia. salah perempuan itu. segala-galanya salah dia. tidak membantah walau sedikit pun. kerana alasannya ingin menjaga hati....


suatu petang... hari itu hari yang membawa kepada permulaan untuk suatu derita dan penyesalan. penyesalan dimana perempuan itu akan menyakiti dua hati yang dipegangnya.

petang itu, terlihat seseorang yang pada mulanya tidak memberi apa apa rasa sekali pun. tidak perempuan itu sangka , seseorang dihadapannya itu akan memberi kesan yang besar dalam hidupnya tentang perasaan. iya... seseorang itu.. dia.. ramai yang menyebut tentangnya. disini dia, disana dia..
             ' apa yang specialnya tentang dia'

hati perempuan itu terdetik seperti itu. terasa pelik tentang orang disekelilingnya yang tidak habis habis menyebutkan tentang orang yang sama. sejak itu, kadangkala, perempuan itu memerhati dia. ya.. dia.. tidak ada apa-apaa pun tentangnya. tp mengapa. mengapa hatinya seperti ditarik tarik oleh dia. mengapa?   tetapi dirinya sedikit pun tidak peduli tentang dia dan sudah pasti, dia juga sedikit pun tidak mengetahui kewujudan perempuan itu pada ketika itu. tetapi segala kejadian di dalam kisah itu, membawa kepada pertemuan kepada dirinya dan dia. takdir yang membawa ini semua. masih mencari apa hikmahnya. dan ini pastinya ujian dunia.,,


No comments:

Post a Comment