Saturday, 26 August 2017


Assalamualaikum and alooooooha.!  Cuti sem dah nak habis.. Otak sis belum sado lg utk terima pembelajaran sem depan.  Subject yg penuh dengan hafalan . Science of Quran dan science of Hadith.  Exam dia pakai ayat quran dan hadith banyak.  So i have a lot to memorize arrgghh. Takutnya..  Ambik subject ni skali gus dalam satu sem pulakk..  Hmm sebak entry lepas belum habis lg .. Tak pa x pa..  Sis boleh buat inshaAllah..

Ok apa je challenge yg sis nak buat kat diri sis ni?  Hahahah.. Challenge hafazan.. Ayat al-Quran. Ok lah.  Sejujurnya hani bukan datang dari family ustaz ustazah pun.  Hani sekolah agama pun x pernah jejak tau..  Kita masa sekolah rendahkan ada dua sesi pagi dan petanv kan?  Salah satu sesi tu mesti kita sekolah agama ye dak?  Haa..  Hani x pernah pun sekolah situ. Ayah hani x mampu masa tu.  Almaklumlah mama hani ni beranak byk sampai jarak umur adik beradik hani dekat2.. So x mampu nk hantar masa tu 3 org sekolah...  Tp ayah hani mampu hantar mcm kelas fardhu ain je.  Dan kelas tu sgt berguna dan beri perubahan besar dalam hidup hani alhamdulillah.  Hani start dtg klas tu darjah tiga.  So,  dari zero pengetahuan tentang basic mcm doa lepas wudhu,  wirid lepas solat, surah lazim, dan mcm2 lagi , hani familiar dan ada yg hafal sampai sekarang. Kat sini jugak sis belajo cemana nk disiplin turup aurat. X termasuk apa yg hani belajar waktu hani tadika.  Sis sekolah di tadika pasti.  Tadika ni sgt bagus bagi hani sbb budak budak otak fresh lg.  Tak ada dosa.  So diorg senang menghafal dan inshaAllah biasanya akan ingat sampai ke tua.  Klau x ingt pun,  akan rasa familiar dan senang utk hafal balik. Itu je lah yg ayah hani mampu buat.  Ada ustaz tegur ayah hani.  X hantar sekolah agama nanti bila dah besar anak mudah rosak akhlak sebab x cukup didikan agama.  Nak nak lagi adik beradik hani perempuan semua masa tu.  Lagi susah nk jaga.  Ayah hani terasa dgn kata2 tu.  Tp x boleh biat apa.  Hmm.  Tp ayah hani dpt buktikan yg anak2 dia x jadi mcm tu alhamdulillah. Bagi hani baba berjaya didik anak2 dia dgn elok..  Hahaha.  X da lah baik macam malaikat ke pe en.  Tp jiran jiran pandang kami adik beradik dan anak yg baikk.  Ppftt hahahah...

Tingkatan 3 hani start pakai tudung labuh.  Dengan sendirinya tiba tiba nk sgt pakai tudung labuh.  Ofc mumula tu sbb tengok org pakai lawa.  Baru start cuba2 dulu.  Lama2 jadi dah terbiasa. Nk tukar yg kecil jadi mcm x biasa. Start dari kakak pakai , lpas tu hani,  then adik2 yg lain ikut dan sampai lah sekarg..  Stengah org kata mcm mana boleh istiqamah pakai tudung labuh ni?  Sbb setengah tu ada dari pakai purdah boleh berubah terus free hair.  Astaghfirullah.  Semoga hanji x tergolong dari org mcm tu..  Bila org tanya gitu,  hani x gahu lah nk jawab apa..  Yg penting kita x ambil benda ni sebagai perkara main2 lah senang cerita.  Klau buat kerana Allah inshaAllah tahan sampai bila2. So kita improve lah sikit2 akhlak kita. Kadang bila dah masuk university ni,  ada org pelik bukan sekolah agama tp pakai tudung labuh.. Hmm org sekolah agama je ke boleh pakai tudung macam ni.?  X kan...?  It's totally wrong.  Tutup aurat semua kena buat. Sbb tu jgn judge org pakai tudung labuh tapi perangai tah apa2. Tutup aurat adalah satu benda yg semua org kena buat.  Sekurg2 nya dia lepas bab tutup aurat.  Akhlak tu biar lah.. Semoga Allah bagi hidayah.  So..  Stop stereotyping people ..

So nak ckp nya kat sini,  jgn lah igt budak sekolah agama je boleh buat baik.  Jgn jadi kan ia satu alasan utk kita buat baik. Tak sekolah agama pun kena mengaji , x sekolah agama pun kena tutup aurat,  x sekolah agama pun boleh hafal surah2.. Haa so skarg ni hani nk challenge diri hani utk hafal surah2 yg hani target. Cuba awak tgk gambar tu.  Itu adalah surah yg rugi kalau x dihafal.  Dan yg di tick tu yg hani dah hafal hahahhaha.  Cuba bayangkan selama 20 tahun hidup itu je yg hani baru hafal..  Apakahh hahahha.  X terkena dgn surah yg hani dah hafal pulak..  Tp x paa.  Boleh cuba kann.  Tp nak hafal satu surah al-baqarah dan ali-imran tu mmg lambat lah kan..  Hati dah la x berapa nk baik.  Hahah mesti susah.  So..  Apakata kita try dgn anak2 dia dulu.  ...

Cuti 3 bulan yg dah nak habis ni hani cuba utk hafal surah kahfi 10 ayat pertama dan daro hari tu sampai sekarg hani berjaya baru 5 ayat hahahhahah.  Lama beno nak habisnya.  X pa2.. Kalau hani berjaya hafal sebelum masuk uia,  hani update balik next entry.  Hahahhaah.  Kita tengok.  Tp cuti kali ni hani ada hafal surah al-furqan jugak.  17 ayat.  Dah peenah hafal dan lupa balik.  So cuti ni hani dah fully hafal alhamdulillah.  Cuti sebelum sebelum ni hani hafal surah as-Saffat 11 ayat.  Peh.  Ni surah fav hani.  Pernah hafal jgak dulu masa kecik then lupa.  So hafal balik.  Dan ada lah jgak surah yg boleh jadi amalan tanpa baca quran.. Hani target kahfi dan al-mulk.  Al mulk next la kut.  Hahhaha.  Jealous tgk kawan2 sekolah agama.  Siapa sekolah agama mmg dia hafal surah ni. X paa.  Tukar jealous tu jadi sesuatu yg baik.  Kalau depa boleh,  knp kita x boleh?  Haa...  So jom.

Klau method yg hani guna utk menghafal mcm hani hapai lagu korea hahahhaha.  Yup lagu korea byk giler sis hapai.  Skali dgn rap kau..  Thats why la susah sikit nk hapai quran ni.  Hati penuh dgn musik.  So hani guna taktik sama.  Klau lagu,  hani menyanyi sambil ikut lirik.  Byk kali sampai la hafal...  Same goes to ayat quran.  Hani download audio yg hani suka,  then baca ayat tu sambil dengan audio tu.  Ayat quran ni susah lh sikit nk hafal berbanding dgn lagu..  So struggle la sikit utk try revise tanpa audio dan baca ayat pakai quran..  Al naklumlah hati kita ni penuh dosa kann.  Hahahahha ofc bukan mudah nk buat kerja2 ni.

Hani ada satu perkara yg at least ada lah jugak yg boleh dibangga kan. Hahahahah.  Sis jenis yg tend tu pulun buat benda baik bila sis sorang². Ye la..  Org kata kita x boleh sorg2 sbb selalunya kita tend tu buat benda x elok dan perkara yang jauh dari Allah once kita sorang². Kan bahaya tu.. Tp x untuk hani.  Hani sangat mementingkan saat dan waktu keseorangan hani.  Kiranya hani akan provide kan masa sorang2 walau apa pun berlaku. Sbb tu lah klau di asrama university,  hani prefer roommate yg hani tak kenal.  Sbb klau duduk dgn kawan,  byk borak nnt. Hahaha.  So guys..  Guna kan your alone time wisely...

Sebab tu lah klau boleh hani tanak bercinta sebelum sampai masanya.  Sbb biasanya org bercinta ni,  waktu dia sorg2, dia mudah terfikir org yg dia suka tu.  Lagi2 bila dia layan lagu jiwang.  Pehhh memang hanyut sehh.. And guess what,  skarg hani dah mula suka seseorg.  Yes dan hani struggle yang amat utk tidak meletakkan dia dalam kepala hotak hani.  Dan itu sgt susahh 😭 mula2 mmg nmpak dia suka hani dari hani. Tp sejak akhir2 ni,  boleh jadi i like him more than he do 😱😱😱😭😭😭  kitorg bukn bercinta mcm saya syg awak,  awak sayang saya ke apa.. Tidak sama sekali. Cuma masing2 tahu suka sama suka itu je...  Lgpun hani dan dia cuba utk jarang contact 😭😭😭 yelaa..  Masing2 nak fokus belajar..  X nak fikir jauh pun lagi tp klau boleh nk future end up dgn dia.. Ye lahh..  Sis ni nampak je mcm lampi, selekeh ke apa..  Tp kat rumah ni ramai yg dah bertanya termasuk mak2 org dah berpunya ke belum.. 😭😭 so bila dah ada org ckp dia suka hani,  hani boleh pilih nk tolak ke tak nak. 😭 bagi hani bagi peluang dkat org yg kita dah kenal .. Hmmm..  Eee sbb tu lah x suka jadi dewasaa sbb kena fikir benda benda gini . Bila dah terjatuh suka dekat org,  nk control supaya x lagha sebb benda alah ni susahhh 😭😭😭 tolong laahhh kuatt...

X cerita dia skrg ni.  Jgn hanyut memikirkan org yg kita suka waktu kita sorg2. Cuba istighfar banyak2. Ambil air semayang , cuba tenang,  solat ke apa en.. Susah.  Tahu susahh.  Cubaa.  Belajar dulu tolong makpak adik beradik tolong diri and what so ever..  Lagi satu,  ingat,  yang bukan budak sekolah agama je boleh jadi baik.. Mereka boleh jadi baik,  kita pun boleh jadi baik.

No comments:

Post a Comment